CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

IMAM MUDA Jr.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Mulai beberapa detik ini, ahli BADAR akan cuba sedaya upaya menjalankan program Imam Muda Jr. di sekolah. Kami akan cuba mencipta sejarah dan rekod baru dalam dunia Islam. Insya Allah.

Pendahuluan
Badan Dakwah dan Rohani SMK Putrajaya Presint 16 [1] berhasrat mahu menjalankan satu program aktiviti dakwah dan rohani yang melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah. Aktiviti ini berhasrat bagi membentuk jati diri dan keyakinan para remaja yang benar-benar mencintai Islam agar terus-terusan dapat membantu agama Allah. Program ini dinamakan sebagai Imam Muda Jr. sebagai simbolik atas kejayaan Imam Muda yang bersiaran di Astro Oasis. Maka Badan Dakwah dan Rohani SMK Putrajaya Presint 16 [1] berasa terpanggil untuk melaksanakannya di sebuah sekolah harian yang majoritinya pelajar beragama Islam.

Matlamat Penubuhan
1. Para pelajar lebih menghayati dan mendalami ilmu Islam serta boleh mengamalkannya dengan baik.
2. Melahirkan generasi para pencinta al-Quran.
3. Melahirkan Imam Muda Jr. untuk membantu Imam Muda secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembangunan sosial negara.
4. Menjadi ikon Islam bagi mengganti ikon-ikon ikutan remaja masa kini.
5. Dapat meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah.
6. Melahirkan pemimpin yang boleh memimpin generasi muda pada masa depan.

Tempoh
4-6 minggu [bergantung kepada kesesuaian waktu]

Sasaran
1. Lelaki
2. Pelajar yang benar-benar mencintai Islam dan berhasrat untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam.

Aktiviti
1. Solat Asas Keimanan
2. Bengkel Cintai Islam
3. Tarannum
4. Duhai Sahabat, Ikutlah Aku
5. Melawat Rumah Anak-anak Yatim
6. Imam Muda Jr. Ikon Islam

*Berubah mengikut kelolaan BADAR.

Beberapa update lain akan diberitahu kemudian. Apa-apa maklumat lanjut mengenai Imam Muda Jr. SMK Putrajaya Presint 16 [1] boleh dilihat di page ini.

Sekian, terima kasih.